
Sumber resepi dari Puteri Manja from kota singa....
thanks 4 sharing this special recipe.
Bahan2.
10 bj telur (A)
450g butter
200g gula halus ( kalau x suka manis boleh kurangkan)
300g tepung hong kong (tpg gamdum pun ok jer)
1 tin kecil seri kaya
1 tin kecil susu pekat
1 botol chocolate chips ( secukupnyer ler)
1 sb ovallete
1 sk esen vanila
1 paket serbuk santan
sedikit pewarna Hijau, Kuning, Merah
Cara2
- Pukul butter dan susu pekat sehingga putih dan kembang, ketepikan.
- dlm mangkuk lain, pukul telur, ovallete, gula halus dan esen vanila hingga sebati.
- satukan kedua2 adunan tadi dan pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan seri kaya dan serbuk santan dan pukul lagi
- masukkan tepung sedikit2 dan gaul hingga sebati ( guna spatula aje)
- slps itu, ambik 6 senduk dari adunan tersebut dan warnakan dengan hijau. mula melapis dengan setiap lapis 2 senduk, ratakan dan bakar menggunakan api atas bawah dgn suhu 220c
selama 5 - 7min. Lapisan kedua dan seterusnya menggunakan api atas shj suhu 200c
selama 10 - 15 min
(bergantung pd oven masing2)
- selesai lapisan hijau, ambil 4 senduk dr adunan dan warnakan kuning.
melapis lagi buat 2 lapisan
- Baki adunan warnakan dengan merah. melapis lagi dan setiap lapisan ditaburkan dengan chocolate chips sbg bj tembikai.
ulang hingga habis
- setiap lapisan yg telah dibakar ditekan2 sikit utk mengeluarkan angin,supaya padan dan sekata....
- tunggu sejuk baru keluarkan dari loyang dan dipotong.
SELAMAT MENCUBA

Buat sempena menyambut Hari Bapa 19/6/11

Puashati walaupun idak ler secantik mana....